Assalamualaikum W.R.T
=)
post pertama.
Alhamdullilah, bantu saya ye.
betulkan mana yang salah
Blog ini secara umumnya hanya untuk mempersembahkan serba sedikit pengetahuan yang bukannya seratus peratus dari diri hina ini, ianya kebanyakannya bersumber dari bacaan-bacaan saya pada hari-hari yang lepas dari buku-buku, majalah-majalah, serta internet sendiri. Saya juga ingin menagih serba sedikit ilmu-ilmu dari orang yang berilmu yang ingin menebarkan jaringan ilmunya. diri ini juga cuba meng'aplikasi'kan apa yang disabda nabi Allah, Muhammad (S.A.W)
اُطْلُبُوْا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ، فَإِنَّ طَلَبَ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
''Carilah ilmu meskipun di negeri Cina, karena mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim''
Disini saya hanya ingin mengambil maksud hadis pada potongan ayat yang terakhir itu. dari segi pemahaman saya melalui pembacaan dan ceramah-ceramah (maafkan saya jika pemahaman saya salah, sila betulkan saya), mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim(muallaf & mukallaf). tidak kira dari sumber yang mana. bergurukah? bacaankah? semuanya boleh selagi ilmu yang diserap itu adalah ilmu yang bermanfaat bukan pada diri sendiri sahaja, malah pada manusia di sekeliling kita juga dan sesuatu yang mampu memampankan lagi keimanan kita terhadap kebesaran Allah. itu adalah ilmu yang dituntut. lebih-lebih ilmu berkaitan fardu Ain yang melibatkan ibadah-ibadah kita, penyucian jiwa kita.
alamak, sudah lebih pula, =P, maksud saya disini, ilmu ni, tidak salah walaupun diambil di internet, atau sumber-sumber yang tidak begitu dipandang 'baik' dan 'Betul' oleh masyarakat. asalkan tidak bertentangan dengan syariat agama kita, tidak melanggar akidah pegangan kita serta tidak mengikut jalan-jalan syaitan.
Daripada Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu dia berkata: Suatu hari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam membuat satu garisan lurus dengan tangannya lalu bersabda:
"Inilah jalan Allah yang lurus, kemudian baginda menggariskan beberapa garis disebelah kiri dan kanan garis yang lurus itu, sambil bersabda: "Inilah jalan-jalan (kesesatan). Tidak ada satu jalan pun dari jalan ini melainkan ada syaitan yang mengajak manusia untuk mengikuti jalan tersebut.
Kemudian baginda membacakan surah Al-An'am ayat 153: "Dan bahawa yang (kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)".
(Hadis riwayat Ahmad; berkata Al-Arnauth: Hadis hasan, rujuk Musnad Ahmad takhrij al-Arnauth)
saya hanya mahukan suasana santai bagi merehatkan minda saya dan teman-teman sekelian. ini bukanlah blog yang 100% islamik, hanya perkongsian yang diharapkan santai
=D
peace
jazakallahu khair
Assalamualaikum..
15:04:15

No comments:
Post a Comment